Polis tidak terima laporan wanita lompat keluar dari kereta

Polis tidak terima laporan wanita lompat keluar dari kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis tidak menerima laporan berhubung tular video di media sosial seorang wanita melompat keluar dari sebuah kereta di Lebuh Raya Sprint, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial berdurasi 14 saat dimuat naik melalui aplikasi Facebook. 

Katanya, video tersebut memaparkan seorang wanita membuka pintu dari sebuah kenderaan dan keluar ketika kenderaan sedang bergerak laju di laluan kedua Lebuh Raya Sprint, di sini.

“Wanita itu dikesan bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan.

“Kita mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian ini dan memohon orang ramai yang terlibat atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan dengan kejadian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN