Polis marin tahan tiga individu bawa burung hantu, musang

Polis marin tahan tiga individu bawa burung hantu, musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas lima ekor burung hantu dan seekor musang pandan dianggarkan bernilai RM195,000 selain menahan tiga individu dalam Op Bersepadu Khazanah (Inter Agensi) Jalan  Batu 3, Temoh, Perak, dekat sini, Selasa lalu. 

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi dijalankan kira-kira pukul 11.45 pagi apabila pihaknya menahan sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan seekor musang pandan dan lima ekor burung hantu iaitu dua ekor Spotted Wood Owl, seekor  Barn Owl, seekor Buffy Fish Owl dan seekor Sunda Scop Owl.

“Kesemua haiwan itu diletakan di tempat duduk belakang kenderaan terbabit. 

“Susulan itu, seorang lelaki warganegara Indonesia dan dua lelaki tempatan berusia 40 hingga 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, rampasan dan suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, kes diserah kepada pegawai penyiasat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kes disiasat mengikut Akta 716 Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×