Polis KL lupus dadah, peralatan memproses bernilai RM44.33 juta 

Polis KL lupus dadah, peralatan memproses bernilai RM44.33 juta 

FADIL Marsus (tengah) ketika menunjukkan barang kes dadah yang akan dilupuskan pada Sidang Media Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelbagai dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM44.33 juta dilupuskan Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Antara barang kes yang dilupuskan terdiri daripada methamphetamine dan ketamin seberat 245.56 kilogram (kg) bernilai RM27 juta, 140.39kg MDMA (RM7.01 juta), 87kg heroin (RM2.1 juta) serta 199.09kg kanabis (RM5.9 juta).

Jumlah anggaran keseluruhan dadah adalah seberat 839kg dan cecair 1,345 liter.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pelupusan itu membabitkan 21,293 kertas siasatan yang sudah selesai proses pendakwaan di mahkamah dari 2009 hingga 2024.

“Barang kes dadah itu dilupuskan menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn. Bhd. berdasarkan kemampuan dan pengalaman syarikat itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur.

Katanya, kesemua rampasan itu boleh digunakan oleh 1.17 juta penagih.

Fadil berkata, syarikat pelupusan itu menggunakan fasiliti terbaharu iaitu scheduled waste to energy atau insinerator yang menghasilkan tenaga baharu, teratur dan bebas pencemaran.

“Pelupusan akan dijalankan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd. Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN