Pesawat F/A-18D Hornet kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

Pesawat F/A-18D Hornet kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

PESAWAT pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat  kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam satu kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan  TUDM, kejadian berlaku sekitar pukul 9.05 malam ketika pesawat berkenaan sedang menjalankan operasi di Pangkalan Udara Kuantan.

TUDM sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden ini dan akan memaklumkan perkembangan semasa dari semasa ke semasa.

Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN