Perdana Menteri solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin, Putrajaya - Utusan Malaysia

Perdana Menteri solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin, Putrajaya

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan kanak-kanak ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin, Presint 5, Putrajaya hari ini.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Surau Al-Muttaqin, Presint 5, di sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.17 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan Pengerusi Surau Al-Muttaqin, Azli Izwan Abu Samah.

Anwar bersama jemaah kemudian turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk Gerakan Era Baharu, Ancaman Halus Keimanan yang disampaikan Ustaz Muhamad Nabil Fitri Badri.

Solat Jumaat kemudian diimamkan Muhamad Nabil yang disertai lebih 500 jemaah.

Isi khutbah antara lain mengingatkan jemaah supaya memantapkan ilmu  akidah dengan kefahaman agama yang sebenar kerana ilmu yang sahih berasaskan al-Quran dan Sunah mampu menjadi benteng daripada terpengaruh dengan fahaman yang menyesatkan.

Menurutnya, umat Islam juga diminta menjauhi program atau amalan spiritual yang bercanggah dengan syariat selain tidak mudah tertarik dengan program yang dihias dengan unsur-unsur islamik dan terpesona dengan istilah healing, energi atau keseimbangan rohani.

“Suburkan hati dengan konsep ihsan iaitu hidup dengan kesedaran bahawa Allah SWT sentiasa melihat kita,” katanya.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN