KOTA KINABALU: Prosiding pendakwaan terhadap lima remaja berkaitan kes buli yang mengakibatkan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bermula di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, pagi ini. Prosiding yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi itu dijalankan secara tertutup mengikut peruntukan undang-undang, dengan petugas media serta orang awam diarahkan meninggalkan kawasan berhampiran bilik mahkamah. Terdahulu, kenderaan yang membawa kesemua lima remaja terbabit tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada pukul 8.45 pagi…