Pembukaan Hospital Pasir Gudang ditangguh sehingga tahun depan

Pembukaan Hospital Pasir Gudang ditangguh sehingga tahun depan

HOSPITAL Pasir Gudang dijadual beroperasi secara berperingkat bermula 1 Ogos 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembukaan Hospital Pasir Gudang (HPG) yang sepatutnya mula beroperasi secara berperingkat-peringkat sejak 1 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan ke tahun depan susulan beberapa isu teknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, antara isu utama adalah kekurangan petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat.

“Kekurangan petugas kesihatan merupakan antara isu utama yang sedang kami hadapi. Jika hospital ini beroperasi tanpa tenaga kerja mencukupi, kami bimbang pelbagai isu dan masalah akan timbul pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun, HPG tidak akan dibiarkan tidak berfungsi, sebaliknya akan menjadi fasiliti sokongan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang merupakan dua hospital tersibuk di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tian Soon berkata, pihaknya akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan HPG dapat memulakan operasi dengan jumlah petugas mencukupi.

Pada 29 Jun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu, HPG akan memulakan operasi fasa pertamanya pada 1 Ogos melibatkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan operasi hospital berkenaan.

Operasinya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga secara sepenuhnya pada Julai 2026.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini