Pemandu turunkan dua pelajar ketika van bergerak ditahan

Pemandu turunkan dua pelajar ketika van bergerak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah ditahan selepas menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah dalam keadaan bergerak.

Tindakan itu telah dirakam sebelum videonya tular selepas dimuat naik di akaun Facebook kira-kira pukul 5.43 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, hasil semakan awal mendapati rakaman menunjukkan sebuah van yang masih bergerak menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah di daerah Kajang.

“Tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu van berusia 59 tahun itu ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein di talian 017-3818422,” jelasnya.

Naazron turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang trafik serta mengutamakan keselamatan semasa memandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN