Pemandu Myvi pandu melulu ada tujuh rekod dadah

Pemandu Myvi pandu melulu ada tujuh rekod dadah

TANGKAP layar video tular menunjukkan kereta dipandu suspek secara melulu di Kampung Tengah, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang lelaki yang memandu secara melulu dan membuat aksi berbahaya atas jalan raya berhampiran Kampung Tengah di sini, semalam mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk dadah. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya telah melakukan tangkapan terhadap suspek selepas mengesan video aksi pemandu berkenaan yang tular di media sosial.

“Pada 9 Ogos 2025, kira-kira pukul 5.30 petang, pihak polis telah terkesan dua video di laman sosial Facebook ‘Segamat Notification’ menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna merah yang telah membuat aksi memandu dengan cara yang melulu dan berbahaya semasa memasuki simpang Jalan Kampung Tengah.

“Polis telah mengesan pemilik dan pemandu kereta berusia 50-an tersebut. Suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan satu rekod bagi kes jenayah. 

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, suspek ditahan reman bermula hari ini sehingga esok.

“Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk kesalahan pertama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN