Pemandu lori maut, 10 selamat kemalangan libat 11 kenderaan

Pemandu lori maut, 10 selamat kemalangan libat 11 kenderaan

SEORANG pemandu lori maut, 10 lagi selamat dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di KM 129.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang pemandu lori maut, manakala 10 lagi selamat dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di KM 129.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba Pagoh, PKPgB Mohd Fadli Ismail, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku selepas susur keluar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh kira-kira pukul 6.23 pagi ini.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 11 buah kenderaan mengakibatkan kesesakan lalulintas di lebuhraya berkenaan.

“Terdapat seorang mangsa tidak tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala 10 orang mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Hakimi Zainudin, 39, beralamat di Jenjarom, Selangor.

“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd Fadli, mangsa yang maut memandu lori jenis Nissan. Sementara mereka yang terselamat adalah tiga warga emas menaiki treler jenis Volvo, berusia 77 tahu; pemandu Honda (69 tahun) dan pemandu van jenis Toyota (69 tahun).

Turut terselamat penumpang Mitsubishi Fuso, pemandu lori Isuzu, pemandu kereta Perodua Axia, pemandu kereta BMW, pemandu Toyota Alphard, pemandu lori Hino dan pemandu kereta BMW.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dikejarkan ke tempat kejadian bersama sebuah jentera, diketuai Komander Operasi, PBK II, Mohd Hafiz Mohd Shahid. Operasi ditamatkan pada kira-kira pukul 7.35 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN