Peluang PADU buktikan ‘benar-benar padu’

Peluang PADU buktikan ‘benar-benar padu’

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang didakwa tidak menunjukkan sebarang hasil ketara meskipun telah lama dibangunkan kini dipersoalkan pula pelaksanaannya.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana keberkesanan PADU yang diumum akan digunakan sebagai rujukan utama bagi menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.

“PADU (Pangkalan Data Utama) akhirnya berpeluang membuktikan ia benar-benar ‘padu’?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang kini memangku jawatan Menteri Ekonomi mengumumkan bahawa PADU akan menjadi rujukan utama bagi pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

PADU mengandungi 30.4 juta profil individu dan akan digunakan Kementerian Kewangan sebagai asas pelaksanaan sistem subsidi bersasar secara berperingkat.

Dominic turut mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli kerana sistem yang diperkenalkannya itu akhirnya digunakan selepas beliau tidak lagi berada dalam Kabinet.

Bagaimanapun, Dominic mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PADU benar-benar mampu menjadi asas utama dalam pelaksanaan subsidi bersasar.

“Lebih setahun selepas mentadbir, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal menentukan isi rumah mana yang layak menerima subsidi dan siapa dalam kalangan berpendapatan tinggi yang sepatutnya digugurkan,” katanya.

Dominic turut meluahkan kebimbangan terhadap keluarga berpendapatan isi rumah bulanan RM13,000 ke atas di kawasan bandar yang menurutnya mungkin terkesan jika subsidi ditarik balik berdasarkan pengumuman awal kerajaan.

Selain itu, Hoe Chai menyelar prestasi Kementerian Ekonomi yang disifatkan antara paling tidak cekap kerana menurutnya Mohd. Rafizi gagal membentangkan data subsidi yang tepat sepanjang memegang jawatan.

“Meskipun Rafizi gagal meraih kepercayaan Perdana Menteri dalam portfolio itu dan pelaksanaan subsidi diesel juga tidak melibatkan PADU, sekurang-kurangnya selepas beliau tiada, sistem PADU akhirnya diguna pakai semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN