Pelaksanaan projek RMK13 dipantau secara berkala - KSN

Pelaksanaan projek RMK13 dipantau secara berkala – KSN

SYAMSUL Azri Abu Bakar menyertai Larian MAPPA XX 2025 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi akan melaksanakan pemantauan secara bersama dan berkala terhadap pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelaporan berkala akan dijalankan sebanyak dua kali setahun bagi memastikan segala perancangan berjalan mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan.

“Kita akan pastikan perjalanan projek ini dilaksanakan seperti yang dirancang kerana ia melibatkan tempoh yang panjang sehingga tahun 2030,” katanya ketika ditemui selepas Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX 2025) di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya, kerjasama erat antara kedua-dua kementerian itu penting bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan inisiatif yang telah dirangka kerajaan.

Shamsul Azri berkata, semua projek yang telah diluluskan perlu dilaksanakan segera tanpa berlengah atau terhalang oleh kerenah birokrasi, tegas seorang tokoh kanan kerajaan.

“Sebarang kelewatan hanya akan menyebabkan kekecewaan dalam kalangan rakyat yang mengharapkan manfaat daripada projek berkenaan.

“Tujuan kita berkhidmat adalah untuk rakyat. Kita sepatutnya menggembirakan rakyat, bukan menghampakan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, beliau beliau sendiri akan turun padang dan melakukan lawatan mengejut untuk melakukan pemantauan ke atas projek pembangunan berkenaan.

“Ya, saya akan buat. Saya akan buat selalu. Saya akan lakukan lawatan mengejut dan lawatan tapak projek bagi memastikan semuanya berjalan seperti dirancang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN