Peguam gagal tuntut RM12.5j daripada Bersatu

Peguam gagal tuntut RM12.5j daripada Bersatu

Peguam, Mohammed hanif Khatri Abdullah Bersama peguamnya, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid ketika hadir untuk pendengaran kes samannya terhadap Bersatu bagi menunggut bayaran guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam, Mohammed Hanif Khatri Abdulla gagal mendapatkan bayaran RM12.5 uta bagi perkhidmatan guaman dan kerja-kerja yang dilakukan bagi pihak parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di antara 2016 dan 2020.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir berdasarkan keterangan, fakta dan keadaan kes, mahkamah mendapti bahawa perkhidmatan guaman dan lain-lain kerja yang dilakukan adalah dibuat secara sukarela.

Pada Julai 2021, Mohamed Haniff memfailkan saman terhadap parti itu dengan menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Bendahari parti, Datuk Salleh Bajuri berhubung tuntutan yuran guaman itu.

“Isu sebenar ialah sama ada kerja-kerja yang dilakukan adalah secara sukarela atau tidak. Salah seorang peguam yang memberi keterangan menyatakan bahawa tidak pernah timbul isu berhubung bayaran bagi kerja-kerja yang dilakukan.

“Plaintif menyatakan beliau sentiasa berhasrat untuk mendapatkan bayaran bagi kerja-kerja dan perkhidmatan guaman yang diberikan. (Bagaimanapun), plaintif tidak pernah membincangkan atau memaklumkan (defendan) dan mengeluarkan sebarang bil bagi tujuan pembayaran.

“(Pembelaan) defendan ialah ketika parti itu ditubuhkan, perkhidmatan secara sukarela diperolehi daripada pelbagai pihak termasuk peguam. Defendan tidak membuat sebarang pembayaran (kepada plaintif) kerana (bagi tempoh tersebut) tiada sebarang bil dikeluarkan,”kata Hakim Akhtar.

Sehubungan itu, Hakim Akhtar menyatakan pembelaan defendan adalah lebih boleh dipercayai.

selepas menolak tuntutan saman tersebut, mahkamah turut memerintahkan Mohammed Haniff untuk membayar kos sebanyak RM150,000.

Sementara itu, Mohammed Haniff ketika ditemui media elepas tamat prosiding memberitahu, beliau akan berbincang dengan peguamnya sebelum memutuskan Langkah seterusnya.

“Berkemungkinan besar, kita akan failkan rayuan tapi perlu menunggu alasan penuh penghakiman terlebih dahulu,”katanya.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan, peguam terbabit telah mengeluarkan invois bertarikh 11 Februari 2021 bagi khidmat guaman yang telah diberikan sebelum Bersatu ditubuhkan sehinggalah parti itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk Perikatan Nasional.

Tambah Mohamed Haniff, sebelum pilihan raya umum ke-14, beliau pernah mewakili parti itu dalam saman membabitkan kleptokrasi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Mohamed Haniff turut mendakwa telah memberikan khidmat nasihat perundangan, membantu membentuk perlembagaan parti Bersatu dan mengendalikan kes-kes mahkamah membabitkan parti tersebut termasuk berkaitan pendaftaran parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Perkhidmatan Mohamed Haniff terhenti selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan ekoran ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020.

Sementara itu, Bersatu dalam pernyataan pembelaannya mendakwa tiada perjanjian rasmi di antara parti itu dengan Mohamed Haniff berhubung perkhidmatan yang diberikan dan mendakwa kesemua kerja-kerja yang dilakukan peguam itu dibuat secara sukarela dan percuma.

Selain mendakwa bahawa jumlah yang dituntut adalah melampau, parti itu juga mengatakan Mohamed Haniff merupakan peguam peribadi kepada bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bukannya peguam parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN