PETALING JAYA: Pas dijangka mengubah pendirian dengan mencadangkan tokoh utama baharu untuk mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan bukan lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, perkara itu akan menjadi antara tumpuan utama dalam Muktamar Tahunan Pas yang akan berlangsung tidak lama lagi. Katanya, muktamar tersebut penting kerana ia menjadi medan Pas menetapkan pendirian berhubung kepimpinan tertinggi PN, selain merangka strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).…