PARLIMEN: Tiada cadangan wajibkan pemasangan `dashcam’ - Anthony

PARLIMEN: Tiada cadangan wajibkan pemasangan `dashcam’ – Anthony

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak bercadang mewajibkan pemasangan papan pemuka atau ‘dashcam’, sebaliknya  mengambil pendekatan menggalakkan penggunaannya secara sukarela.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengawal selia dan mewajibkan pemasangan sistem pemantauan sejagat (GPS) ke atas kenderaan perdagangan selaras dengan pematuhan Kod Amalan Industri Keselamatan (ICOP).

“Keperluan ini turut diperincikan sebagai syarat mandatori dalam lesen pengendali yang dikeluarkan oleh APAD, di mana setiap pengendali diwajibkan untuk memastikan semua kenderaan perdagangan dilengkapi sistem GPS yang berfungsi sepenuhnya dan mampu memantau serta merekod perjalanan secara berterusan,” katanya dalam jawapan bertulis dalam laman portal Dewan Rakyat bertarikh 7 Ogos lalu.

Beliau menjawab Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu ) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewajibkan pemasangan ‘dashcam’ dan sistem pemantauan kelajuan (GPS tracker) serta diintegrasikan dengan pusat kawalan operasi. 

Roslan berkata, ia untuk pengawasan setiap kenderaan pengangkutan awam terutama bas dan lori bagi memudahkan siasatan jika berlaku kemalangan.

Anthony berkata, pendekatan sistem GPS juga dilaksanakan bagi mempertingkat tahap keselamatan operasi dan membolehkan pemantauan yang lebih berkesan terhadap pematuhan aspek keselamatan oleh pengendali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN