Tarif AS dan kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

PARLIMEN: Tarif AS dan kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu tarif timbal balik Amerika Syarikat kepada Malaysia dan usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan kerajaan menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha menurunkan kos sara hidup rakyat.

Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) pula mengajukan soalan kepada Menteri Kerja Raya berhubung status pelaksanaan sistem kutipan tol Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025, selain ingin tahu langkah penambahbaikan sistem seperti Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi memastikan keberkesanan sistem baharu tersebut.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) pula membangkitkan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri status dan keberkesanan rundingan antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat berkenaan pelaksanaan tarif timbal balik serta jaminan kerajaan supaya ia tidak akan menjejaskan perdagangan, rantaian bekalan dan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Usai sesi berkenaan, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN