PARLIMEN: Semua perolehan KDN ikut kaedah tender terbuka

PARLIMEN: Semua perolehan KDN ikut kaedah tender terbuka

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat dua syarikat yang masing-masing dianugerahkan tender perolehan Kementerian Dalam Negeri bernilai lebih RM500 juta bagi tahun 2023, 2024 dan setakat 30 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua perolehan berkenaan dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia P.K 2.1 perenggan 19.6.

“Setiap tender dibentangkan di Lembaga Perolehan KDN untuk pertimbangan, manakala keputusan muktamad dibuat di peringkat Kementerian Kewangan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rafizi Ramli (PH-Pandan) mengenai senarai syarikat atau pembida yang dianugerahkan tender perolehan bernilai lebih RM500 juta oleh KDN dalam tempoh 2023 hingga 30 Jun 2025, termasuk butiran setiap kontrak.

Saifuddin berkata, syarikat Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. dianugerahkan Kontrak Perolehan Empat Helikopter Medium Lift bagi kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2024.

Katanya, kontrak berkenaan bernilai RM529.66 juta dengan tempoh lima tahun, bermula 19 Januari 2024 hingga 18 Januari 2029.

“Selain itu, HeiTech Padu Berhad pula dianugerahkan kontrak bagi Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Kontrak ini melibatkan perkhidmatan menyeluruh termasuk kajian, cadangan, reka bentuk, pembangunan, pemasangan, integrasi, migrasi data, tauliah serta latihan pengurusan perubahan.

“Ia bernilai RM892.199 juta dengan tempoh lima tahun, berkuat kuasa 18 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2029,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN