KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak kesampaian apabila usul berkenaan ditolak. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau mengemukakan usul itu susulan kenyataan Anwar (PH–Tambun) berhubung tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan kes Pulau Batu Puteh. “Usul saya ditolak kerana dikatakan perkara itu mengikut pengesyoran Suruhanjaya Siasatan Diraja…