KUALA LUMPUR: Perkataan ‘Pas parti ajaran sesat’ dan ‘kafir’ diharamkan digunakan di dalam Dewan Rakyat bagi mengelakkan permusuhan sesama Ahli Parlimen tanpa mengira di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Peraturan 36 (10)(c) jelas mengatakan bahawa jangan ungkapkan perkataan yang menaikkan perasaan kecil hati atau bermusuh-musuhan di antara Ahli Parlimen. Katanya, walaupun perkataan ‘Pas parti ajaran sesat’ pernah diungkapkan oleh Ahli Parlimen…