Kutipan SST buah import jana tambahan RM38 juta setahun

PARLIMEN: Kutipan SST buah import jana tambahan RM38 juta setahun

CUKAI Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukan sekadar sistem cukai tetapi manifestasi tadbir urus responsif sebenar iaitu lambang kepimpinan yang mendengar, memahami dan bertindak untuk kepentingan rakyat berdasarkan bukti kukuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk buah-buahan import dijangka mampu menjana pertambahan hasil sebanyak RM38 juta setahun bermula 2026.

Kementerian Kewangan berkata, semakan semula kadar SST yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu dijangka menjana tambahan hasil sebanyak RM10 bilion setahun bermula tahun hadapan.

Katanya, langkah semakan semula kadar SST dilaksanakan antara lainnya bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara di samping mempromosi serta menyokong industri buah tempatan.

“Namun begitu, kerajaan telah mengambil kira maklum balas rakyat dan menyemak semula kadar untuk mengecualikan buah import terpilih seperti epal, oren, kurma dan limau mandarin.

“Keputusan ini diambil untuk memastikan akses yang terjamin kepada makanan berkhasiat dan lazim dimakan terutamanya bagi golongan rentan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Ia bagi menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai jangkaan pengutipan hasil daripada perluasan SST yang mula dikuatkuasakan pada 1 Julai ini khususnya kutipan untuk buah-buahan import.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN