KUALA LUMPUR: Cadangan pembangunan bersama antara Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi sehingga kini masih belum dimuktamadkan lagi kerana kedua-dua negara masih meneroka kebarangkalian kerjasama tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada isu berhubung kebarangkalian cadangan pembangunan bersama itu kerana ia masih belum dimulakan lagi. “Kenyataan bersama antara Perdana Menteri dan Presiden Indonesia pada 27 Jun berhubung dengan cadangan pembangunan bersama di Laut Sulawesi adalah merujuk kepada perkara…