PARLIMEN: Kerajaan tidak memperjudikan kedaulatan berhubung isu Laut China Selatan

PARLIMEN: Kerajaan tidak memperjudikan kedaulatan berhubung isu Laut China Selatan

MOHAMAD HASAN - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat pertimbangan secara menyeluruh dalam membuat sebarang keputusan membabitkan isu Laut China Selatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan tidak akan sesekali memperjudikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara berhubung perairan tersebut.

Katanya, isu berkaitan Laut China Selatan adalah isu yang kompleks dan sensitif sekali gus perlu dikendalikan secara teliti dan mendalam.

“Saya ingin menegaskan kerajaan mengambil langkah supaya kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama dalam setiap tindakan yang diambil.

“Kerajaan juga sentiasa menegaskan pendirian Malaysia dalam setiap pertemuan dengan negara luar di pelbagai peringkat termasuk di peringkat pemimpin negara hingga pegawai kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Mohamad berkata, Malaysia sebagai Negara Penyelaras Hubungan Dialog ASEAN-China hingga Julai 2027 sedang mengambil langkah untuk mempercepat proses rundingan Kod Tata Laku (COC) Laut China Selatan supaya COC yang substantif dan efektif dapat dimuktamadkan secepat mungkin.

“Malaysia terus mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan serta kepentingannya di kawasan maritim negara berdasarkan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, terutama Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982,” katanya.

Berhubung pesawat MH17, Mohamad berkata, Malaysia sentiasa berpendirian teguh dan komited dalam usaha ke arah memastikan keadilan untuk semua mangsa dan pihak yang terbabit dalam nahas penerbangan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN