KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menggunakan MyKad sebagai kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 berada dalam fasa akhir. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan pada masa ini sedang dalam fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dengan semua pihak berkepentingan. Beliau berkata, ini termasuk pengujian MyKad, e-dompet dan aplikasi syarikat minyak bagi memastikan ikhtiar penyasaran subsidi ini dilaksana secara efisien tanpa…