KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa menumpaskan kegiatan tidak bermoral membabitkan empat kanak-kanak berusia 12 tahun yang menjual gambar badan sendiri menerusi aplikasi WhatsApp. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ada antara kanak-kanak terbabit sanggup berhenti sekolah kerana pendapatan melebihi gaji ibu bapa selepas menjual bahan lucah itu. Katanya, bahan itu melibatkan gambar bahagian tubuh-tubuh sekumpulan kanak-kanak perempuan itu yang kemudian dijual. “Tahun ini, kita bongkar, kita tumpaskan pula…










