KUALA LUMPUR: “Kalau saya kata Pas ajaran sesat, marah tak?.” Pertanyaan Ahli Parlimen RSN Rayer (DAP-Jelutong) itu memanaskan suasana persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Kekecohan berlaku apabila beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang termasuk Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) bangkit menuntut Rayer menarik balik kenyataan tersebut selain menggelar beliau sebagai kurang ajar. “Ini kena tarik balik, ini…