KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dan Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB) bagi menjamin kebajikan petugas kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya sentiasa komited untuk berunding dan melaksanakan sesi libat urus dengan agensi pusat berhubung perkara itu. Katanya, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kadar BIPK yang sebelum ini berdasarkan peratus gaji pokok telah dipegunkan kepada…