PARLIMEN: 83 kes penyakit berkaitan produk merokok termasuk vape dicatat setakat Jun 2025

PARLIMEN: 83 kes penyakit berkaitan produk merokok termasuk vape dicatat setakat Jun 2025

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 laporan kes penyakit yang dikaitkan dengan penggunaan produk merokok dicatatkan sehingga Jun 2025, termasuk rokok elektronik atau vape.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, 44 kes melibatkan komplikasi serius yang memberi kesan kepada paru-paru, manakala 39 kes lagi melibatkan komplikasi kesihatan lain yang tidak melibatkan paru-paru secara langsung.

“Kementerian Kesihatan menerima lima laporan kematian yang berkemungkinan berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape dari tahun 2019 hingga Jun 2025.

“Walaupun terdapat kes kematian yang melibatkan individu yang menggunakan rokok elektronik atau vape, hubungan secara langsung antara penggunaan vape dengan punca kematian sukar disahkan, memandangkan keterbatasan bukti klinikal yang ada serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kematian tersebut,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan dalam portal Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang meminta menteri menyatakan jumlah kes kematian terkait aktiviti menghisap rokok elektronik dan vape.

Dalam hal ini jelas menteri lagi, KKM kini sedang memperkukuh sistem survelan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian yang dikaitkan dengan produk merokok.

“Usaha ini selari dengan pelaksanaan Seksyen 21, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang atau menyekat pengimportan, pengilangan, pengedaran atau penjualan produk merokok berdasarkan syor Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN