PETALING JAYA: Kertas siasatan telah dibuka berhubung penularan klip video memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan dekat sini. Laporan diterima daripada ibu kanak-kanak berkenaan yang merupakan suri rumah berumur 37 tahun. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 20 Ogos lalu kira-kira pukul 12 tengah hari ketika wanita itu mengambil pasangan…