KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengambil kira secara terperinci jangka hayat helikopter yang akan disewa untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM). Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian kini sudah membuka tender untuk penyewaan empat buah helikopter yang akan ditutup pada September ini. Katanya, tender berkenaan dibuka semula berikutan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat sebelum ini yang gagal menyediakan mengikut tempoh ditetapkan.…