MELAKA: Melaka menyasarkan nilai jualan dan potensi kerjasama perniagaan mencecah RM3 juta pada Ekspo Dunia 2025 yang akan berlangsung di Osaka, Jepun dari 31 Ogos hingga 6 September ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Melaka dipilih mewakili Malaysia oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai negeri ketujuh ke ekspo berkenaan. Katanya, sasaran itu dilihat realistik berdasarkan potensi pasaran Jepun yang mementingkan kualiti, inovasi dan nilai tambah,…