GUA MUSANG: Seorang wanita menarik nafas lega apabila wang berjumlah RM2,600 yang hilang akibat penipuan tawaran kerja tidak wujud dikembalikan menerusi perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Gua Musang di sini, hari ini. Perintah tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Gua Musang, Wan Suriani Wan Mohamed mengikut Seksyen 413 (2) Kanun Tatacara Jenayah. Permohonan perintah tersebut dikemukakan oleh Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Faris Mohd. Yunus dari Bahagian Siasatan Jenayah…