Pelaksanaan ‘dry run’ sistem pemeriksaan awal penumpang hujung tahun ini

Pelaksanaan ‘dry run’ sistem pemeriksaan awal penumpang hujung tahun ini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan lencana di baju pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selepas Majlis Peluncuran inisiatif Benteng Persada: Di Sempadan Kita Bersatu, di Persada Kita Bermaruah oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.-UTUSAN/AIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelaksanaan ‘dry run’ bagi sistem pemeriksaan awal penumpang (APSS) dijangka dilakukan pada hujung tahun ini membabitkan 10 daripada 56 syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sistem berkenaan akan memberikan maklumat ketibaan pengembara lebih awal sebelum mereka tiba di negara ini.

“Akhirnya kita akan ada APSS, dari sudut agensi kawalan adalah (di bawah) KDN, dari sudut perolehan (juga) dibuat oleh KDN. Kita sudah selesaikan perolehan, vendor telah dilantik (dan) mereka sedang membangunkannya.

“Dry run kita adalah hujung tahun ini, saya ingat bulan 9 atau 10 tahun ini, di sini (ada) lebih kurang 56 syarikat penerbangan yang beroperasi, jadi untuk ‘kick off’ kita akan buat dulu melibatkan 10 syarikat penerbangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif Benteng Persada: Di Sempadan Kita Bersatu, di Persada Kita Bermaruah oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Jelas Saifuddin, sistem berkenaan dipantau oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan organisasi berkenaan yang sebelum ini telah beberapa kali hadir ke negara ini bagi memastikan dari sudut kepatuhan pelaksanaan, APSS mengikut jadual.

Menurutnya, selain dapat menerima butiran awal mengenai para penumpang, sistem berkenaan juga akan dapat mencegah insiden-insiden keselamatan daripada berlaku.

“Pengembara yang masuk ke (negara) ini dengan menggunakan 10 syarikat penerbangan tersebut akan mengguna pakai sistem tersebut. Maknanya nama penumpang, nombor pasport, tempat duduk dia atau makanan yang dia pesan semua itu ada dalam butiran (sistem).

“Kelebihannya adalah kepatuhan seorang pengembara sebelum memulakan perjalanan, (kita) akan tahu (butiran) sebelum dia terbang lagi. Jadi itu sendiri akan mengurangkan insiden seperti NTL (not to land) dan isu keselamatan akan lebih mudah kita mitigasi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN