Mahkamah Kota Kinabalu jadi tumpuan kes buli Zara Qairina

Mahkamah Kota Kinabalu jadi tumpuan kes buli Zara Qairina

SEAWAL pukul 7 pagi, pengamal media bersama anggota keselamatan mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu bagi mengikuti prosiding melibatkan lima remaja perempuan berhubung pertuduhan buli Zara Qairina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mahkamah Kota Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan apabila lima remaja perempuan bawah usia 18 tahun dijangka didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini.

Difahamkan, pasukan keselamatan telah bersiap sedia dengan mengadakan dua sekatan jalan di laluan masuk ke mahkamah bagi memastikan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

Seawal pukul 7 pagi, pengamal media bersama anggota keselamatan mula berkumpul di pekarangan mahkamah bagi mengikuti prosiding yang menarik perhatian umum itu.

Kelima-lima remaja perempuan yang berumur bawah 18 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana aktiviti buli.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan, kelima-lima remaja berkenaan akan berdepan pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir dengan cara mengugut melalui komunikasi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan tersebut akan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN