PETALING JAYA: Seorang lelaki melarikan seutas gelang emas dari sebuah premis kedai emas selepas berpura-pura mahu membeli barang kemas buat isterinya dalam kejadian di Prima Sri Gombak, Gombak, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, suspek datang ke premis berkenaan dan berlagak sebagai pelanggan sebelum mengambil kesempatan melarikan gelang emas yang ditunjukkan jurujual. Katanya, pihak polis menerima…










