Wanita warga emas, lelaki Pakistan kantoi curi petrol

Wanita warga emas, lelaki Pakistan kantoi curi petrol

SUSPEK warga Pakistan sedang mencuri minyak petrol daripada sebuah motosikal di apartmen di Tanjung Kupang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita tempatan berusia 60 tahun bersama lelaki warga Pakistan berumur 38 tahun dicekup ketika dipercayai sedang mencuri minyak petrol daripada sebuah motosikal di apartmen di Tanjung Kupang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kejadian dikesan oleh pasangan suami isteri yang juga pemilik motosikal ketika tiba di tempat letak kenderaan kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Pasangan suami isteri yang berusia 28 dan 29 tahun mahu keluar dari rumah dengan menaiki motosikal mereka. Kemudian mereka menyedari dua suspek dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang mencuri minyak motosikal milik mereka,” katanya dalam kenyataan.

Kumarasan berkata, kedua-dua suspek diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang pada pukul 11 pagi.

“Polis merampas dua botol mengandungi petrol dan dua bilah gunting. Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing negatif dadah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN