Polis disyaki curi barang penyewa banglo inap desa dihadkan tugas

Polis disyaki curi barang penyewa banglo inap desa dihadkan tugas

Dihadkan tugas
SHAZELI Kahar ditemui pemberita pada sidang akhbar dekat IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor menghadkan tugasan pegawai dan anggotanya yang disiasat berhubung kes kehilangan barangan bernilai ratusan ribu ringgit dekat sebuah banglo inap desa di Kajang, pada 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ia berkuat kuasa sehingga siasatan kes terbabit selesai.

“Kes itu disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat IPK Selangor, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas jika serbuan terhadap banglo tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memaklumkan perkara itu juga masih dalam siasatan.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan sepasukan polis termasuk seorang pegawai ditahan berhubung kes kehilangan barangan peribadi bernilai ratusan ribu ringgit dalam inap desa itu.

Shazeli berkata, penahan kesemua anggota itu dibuat pada 2 September lalu apabila polis menerima laporan berhubung kehilangan barangan berkenaan daripada mangsa, iaitu penyewa di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN