Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh mak nyah

Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh mak nyah

Poster Jenayah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berperwatakan wanita di Jalan Horley, Kampung Jawa di sini semalam.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 32 tahun itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 10 malam di Terminal Bas Bersepadu (TBS), Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dengan dipandu arah suspek, pasukan polis dibawa ke pos pengawal keselamatan di Taman Tawas Idaman pada pukul 2.30 pagi tadi.

Katanya, pemeriksaan di lokasi tersebut membawa kepada rampasan dua batang anak kunci dan sebuah lori berwarna putih selain dua unit telefon bimbit.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau. Dia disyaki melanggar mangsa menggunakan lori sehingga menyebabkan kematian.

“Bagaimanapun, motif tindakan suspek masih dalam siasatan. Reman ke atas lelaki itu dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Media semalam melaporkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja hotel kira-kira pukul 6 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN