LANGKAWI: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana membunuh bekas isterinya, bulan lalu.
Tertuduh, Mohamad Shafiq Ma Ean Chaiyan, 26, mengangguk faham setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Natasha Rizal.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Fadilah Saidon, 21, di perairan Pantai Oak, Pulau Dayang Bunting, di Kuah antara pukul 11 pagi hingga 3 petang, 30 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ain Nur Sofea Noridan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Oktober depan.










