PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Britain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang lelaki warga Indonesia di sebuah hotel, minggu lalu. Tertuduh, Adekoya Oluwatoyosi Osideinde, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha. Mengikut pertuduhan, Adekoya didakwa mencabul seorang lelaki di sebuah hotel di Seksyen 52, di sini pada pukul 8.34 pagi, 2 Ogos lalu. Dia…










