KSN dijangka turun padang tinjau isu kepadatan pelajar SMK Kota Kemuning

KSN dijangka turun padang tinjau isu kepadatan pelajar SMK Kota Kemuning

SHAMSUL Azri Abu Bakar bercakap pada Sesi Reformasi Satu Kemestian bersama Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Bakar bersama dua pegawai kanan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka turun padang untuk meninjau isu kepadatan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning di Selangor, dalam masa terdekat.

Ia susulan pertemuan beliau bersama penjawat awam pada satu sesi khas hari ini apabila ada yang membangkitkan tentang isu kepadatan pelajar di dalam kelas di sekolah berkenaan.

Terdahulu, penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu berkongsi mengenai masalah jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas sehingga mencapai 45 hingga 47 orang dengan purata sehingga 18 kelas bagi setiap tingkatan.

Situasi itu bukan sahaja menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan pelajar malah dikhuatiri boleh membebankan atau menjejaskan tahap kesihatan mental guru di sekolah berkenaan.

Justeru, Shamsul Azri memberi jaminan beliau akan turun untuk mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan bagi melihat sendiri permasalahan yang dihadapi.

“Pastikan, insyaAllah kalau tak minggu depan, minggu lagi satu kita (akan) melawat SMK Kota Kemuning. Kita bawa Ketua Pengarah Pendidikan dan Ketua Setiausaha (kementerian) sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Sesi Reformasi Satu Kemestian bersama Ketua Setiausaha Negara sempena Setahun Reformasi Perkhidmatan Awam dan Pelancaran Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam di Puspanitapuri hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN