KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) bebas sekatan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) berkuatkuasa hari ini sekali gus boleh beraksi Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRW FC Wan Mohd. Fajerulekram Wan Mokhtar menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, Kelantan Red Warrior boleh meneruskan liga tanpa sekatan FIFA selepas menerima perkhabaran itu selepas sesi latihan pagi tadi.
“Kami siapkan semua proses pendaftaran pemain-pemain,” tulisnya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, syarikat jenama kopi tempatan Nasken Coffee PM menjadi menyelamat KRW FC apabila membeli semua pegangang saham selepas Pengerusi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) Nik Hafiz Naim Nik Hassan dengan rasminya melepaskan semua pemilikan dan jawatan Presiden berkuat kuasa serta merta.