PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 2.84 mata kepada 1,541.48 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,538.64 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,537.92.
Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM2.38 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 626 berbanding 353 dengan 489 kaunter tidak berubah dan 1,046 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 245.32 mata atau 0.60 peratus kepada 40,794.86 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 4,221.17 dan indeks Kospi Korea Selatan menambah 0.0044 peratus kepada 3,198.14. – UTUSAN










