Kos gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan

Kos gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan

ANWAR Ibrahim (tiga dari kanan) semasa menghadiri Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kos gaji penjawat awam naik sehingga RM18 bilion pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selepas kerajaan mengambil kira peningkatan pelbagai kos sara hidup melibatkan pendidikan dan kesihatan.

Kata beliau,  sebelum ini kerajaan sudah mengumumkan peningkatan kos gaji penjawat awam sebanyak RM10 bilion iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara sejak 12 tahun lalu.

“Peningkatan kos itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib dan kedudukan untuk berlaku adil kepada kakitangan sektor awam.

“Siling dan lantai ekonomi rakyat perlu naik melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Justeru, kerajaan turut menyeru syarikat swasta untuk menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,700 manakala bagi syarikat di bawah kerajaan pula sebanyak RM3,100,” katanya semasa berucap pada Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Anwar berkata, syarikat di bawah kerajaan sudah diminta memastikan pelaksanaan kenaikan gaji selain tidak perlu berbangga dengan keuntungan yang diperoleh.

Menurut beliau, golongan petani, nelayan dan pesawah turut menerima pelbagai manfaat kerajaan serta kenaikan insentif yang diumumkan.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan mengumumkan pelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×