Khir Toyo sertai Bersatu

Khir Toyo sertai Bersatu

MOHD. KHIR TOYO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo bersedia untuk berganding tenaga dengan pimpinan kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memperkukuh jentera pilihan raya parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang turut hadir dalam satu sesi makan tengah hari bersama Khir Toyo dan beberapa pengamal media serta politik di Bangsar, baru-baru ini.

“Khir Toyo kini secara rasmi menyertai Bersatu dan menyatakan komitmen untuk menyumbang buah fikiran serta kepakaran dalam merancang strategi pilihan raya parti,” katanya dalam Facebook.

Mohamad Khir juga merupakan bekas Pengerusi UMNO dan BN Selangor yang sebelum ini masih aktif bersama UMNO.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN