KUALA LUMPUR: Pergerakan Pengakap terus memainkan peranan penting dalam memupuk kepimpinan, disiplin dan sahsiah diri golongan muda melalui pendekatan akar umbi yang lebih inklusif. Langkah itu antaranya dilaksanakan menerusi kaedah kepengakapan berasaskan komuniti (community based scouting). Pendekatan itu disifatkan sebagai satu model efektif dalam menyebarluaskan pergerakan Pengakap terutama bagi golongan belia yang tidak berpeluang menyertai unit beruniform Pengakap di sekolah. Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof.…










