PETALING JAYA: Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang didakwa tergesa-gesa memanggil Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun untuk hadir ke pejabat agensi itu di Cyberjaya hari ini bagi tujuan siasatan dipersoalkan. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Siew Mun terkejut selepas menerima mesej WhatsApp daripada pegawai penyiasat MCMC pada jam 10.16 malam yang memintanya hadir untuk disoal siasat berhubung kenyataannya mengenai Rang Undang-Undang (RUU)…