Keluarga enam rakyat Malaysia berkumpul depan Balai Polis Sungai Golok

Keluarga enam rakyat Malaysia berkumpul depan Balai Polis Sungai Golok

SEBAHAGIAN ahli keluarga enam rakyat Malaysia sedang menunggu kepulangan Eda Ezrin, suami dan empat rakan di Sungai Golok, Thailand. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Sekumpulan individu yang dipercayai ahli keluarga kepada enam rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat berkumpul di depan Balai Polis Sungai Golok di sini.

Kesemua mereka dipercayai menunggu ketibaan kenderaan yang membawa penyanyi Bea Sobar Bea,  Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dari penjara.

Mereka dijangka tiba di Sungai Golok pada  pukul 4 petang dengan menaiki kenderaan polis dari Ibu Pejabat Polis Wilayah Narathiwat.

Sementara itu, bapa kepada Eda Ezrin, Wan Ismail Wan Yusof, 52, berkata, anaknya itu dijangka tiba di ICQS Rantau Panjang kira-kira pukul 3 petang.

”Saya dimaklumkan oleh pihak polis Thailand, Eda Ezrin akan tiba di sini petang ini. Saya akan bawa pulang Eda Ezrin ke rumah saya di Nilam Puri,” katanya kepada pemberita di ICQS Rantau Panjang di sini hari ini.

Wan Ismail memberitahu, dia akan membuat solat hajat dan majlis kesyukuran di Masjid Belukar Batu 8, Kota Bharu malam ini.

Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam. –  UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN