ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengalu-alukan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi terbesar negara menjelang tahun 2030 sekali gus mengambil alih peranan Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri optimis dengan langkah tersebut yang dilihat memberi peluang kepada Kedah untuk menerajui sektor lain termasuk perindustrian. “Tidak perlu ganti pun, kita minta diperluaskan lagi (sektor penanaman padi) di Sarawak supaya tanah di Kedah…