Jurutera maut, pemandu treler ditahan selepas kemalangan

Jurutera maut, pemandu treler ditahan selepas kemalangan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 19 Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini, semalam.

Mangsa merupakan seorang jurutera berusia 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, kemalangan melibatkan motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah treler ketika menghala ke arah Kajang.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal hilang kawalan lalu terjatuh ke atas permukaan jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati pemandu treler berusia 28 tahun itu mempunyai tujuh rekod saman dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN