Juruteknik ditemukan lemas selepas hilang lebih 34 jam

Juruteknik ditemukan lemas selepas hilang lebih 34 jam

ANGGOTA bomba berusaha membawa naik mayat mangsa yang selepas ditemukan lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Sat, Machang, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang juruteknik yang dikhuatiri hilang selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat semasa menyelamatkan anaknya ditemukan  terapung hari ini selepas lebih 34 jam hilang.

Mayat Mohd.Saifuldin Ramli, 46, ditemukan di atas kawasan berpasir oleh anggota bomba pada pukul 7.42 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang semasa anggota bomba menjalankan rondaan dengan menaiki bot.

Sementara itu, adik mangsa, Rashida Ramli, 40, berkata, ahli keluarganya dimaklumkan berhubung penemuan jasad abangnya  itu kira-kira pukul 8.15 pagi.

“Meskipun abang meninggal dunia, kami bersyukur jasadnya dijumpai. Saya dalam perjalanan ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk membuat pengecaman jenazah.

“Saya mewakili keluarga berterima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang menjalankan operasi mencari abang sehingga dijumpai,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kegembiraan seorang bapa bermain layang-layang bersama empat anaknya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika cuba menyelamatkan seorang daripada mereka yang tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN